Tuesday, April 1, 2014

AWAK...saya mintak maaf sebab sakitkan hati awak..tapi saya terlalu sayangkan awak..saya taknak kehilangan awak...

AWAK... SAYA NAK CAKAP DENGAN AWAK...
TAPI...  SAYA  DAH TAK BOLEH BERHARAP AWAK DUDUK DAN DENGAR APA YANG SAYA NAK CAKAP KAT AWAK...
( SEBAB SAYA YANG BUAT AWAK BERUBAH)



AWAK... SAYA NAK TENGOK MUKA AWAK...
TAPI...  SAYA DAH TAK BOLEH BERHARAP AWAK DUDUK DEPAN SAYA TENGOK MATA SAYA PANDANG AWAK...
( SEBAB SAYA YANG BUAT AWAK BERUBAH)


AWAK... SAYA NAK DENGAR  AWAK CAKAP...
TAPI...  SAYA DAH TAK BOLEH BERHARAP AWAK BERBUAL DENGAN SAYA LAGI...
( SEBAB SAYA YANG BUAT AWAK BERUBAH)


AWAK... AWAK SELALU TEXT SELAMAT PAGI MASA SAYA BANGUN TIDUR...
TAPI...  SAYA DAH TAK BOLEH BERHARAP AWAK BUAT MACAM TU LAGI...
( SEBAB SAYA YANG BUAT AWAK BERUBAH)



AWAK... SAYA NAK SENYUM DENGAN AWAK..
TAPI...  SAYA DAH TAK BOLEH BERHARAP AWAK TERSENYUM BILA SAYA SENYUM PADA AWAK...
( SEBAB SAYA YANG BUAT AWAK BERUBAH)


AWAK... SAYA NAK PELUK AWAK...
TAPI...  SAYA DAH TAK BOLEH BERHARAP AWAK DEPAKAN TANGAN UNTUK SAYA...
( SEBAB SAYA YANG BUAT AWAK BERUBAH)



AWAK... SAYA NAK CIUMAN TERPERANJAT DARI AWAK...
TAPI...  SAYA DAH TAK BOLEH BERHARAP AWAK CIUM SAYA TIBA-TIBA...
( SEBAB SAYA YANG BUAT AWAK BERUBAH)



AWAK... SAYA NAK NYANYIKAN UNTUK AWAK..
TAPI...  SAYA DAH TAK BOLEH BERHARAP AWAK DENGAR DAN NYANYI SAMA - SAMA DENGAN SAYA...
( SEBAB SAYA YANG BUAT AWAK BERUBAH)


AWAK... SAYA SENTIASA NAK TAHU APA YANG AWAK BUAT...
TAPI...  SAYA DAH TAK BOLEH BERHARAP AWAK BAGITAHU PADA SAYA LAGI APA YANG AWAK BUAT...
( SEBAB SAYA YANG BUAT AWAK BERUBAH)


AWAK... SAYA SENTIASA TUNGGU  AWAK AMBIL BERAT PADA SAYA...
TAPI...  SAYA DAH TAK BOLEH BERHARAP AWAK AMBIL TAHU TENTANG SAYA LAGI...
( SEBAB SAYA YANG BUAT AWAK BERUBAH)



AWAK... SAYA SENTIASA TUNGGU AWAK HUBUNGI SAYA...
TAPI...  SAYA DAH TAK BOLEH BERHARAP CALL DARI AWAK  LAGI...
( SEBAB SAYA YANG BUAT AWAK BERUBAH)

AWAK... SAYA SAKIT...
TAPI...  SAYA  DAH TAK BOLEH BERHARAP AWAK JADI MATA, MULUT, TELINGA, KAKI DAN TANGAN SAYA, SEPERTIMANA AWAK CAKAP KAT SAYA...
( SEBAB SAYA YANG BUAT AWAK BERUBAH)


AWAK... SAYA TAKUT...
TAPI..................................
SAYA TAHU SEMUANYA BERPUNCA DARIPADA SAYA..SAYA MINTAK MAAF AWAK,
SAYA JANJI SAYA TAKKAN ULANGI KESILAPAN BODOH TU...
SEBAB SAYA TERLALU SAYANGKAN AWAK...
SAYA TAKBOLEH KEHILANGAN AWAK..


AWAK...SAYA MENANGIS...
SAYA MENANGIS WAKTU SAYA MENULIS ENTRI INI,
SAYA BERHARAP AWAK ADA DISAMPING SAYA,
MENGELAP AIR MATA SAYA...


AWAK...
TADI SAYA NAK CALL AWAK...
SAYA RINDUKAN SUARA AWAK...
TAPI SAYA TAKUT SAYA MENGGANGGU AWAK...
SAYA CUBA CALL AWAK SEKALI, TAPI MUNGKIN AWAK DAH TIDUR...


TAPI AWAK...
SAYA LAGI TAKUT KALAU AWAK CAKAP AWAK DAH TAK RINDUKAN SAYA..
AWAK DAH TAK SAYANGKAN SAYA MACAM DULU...


AWAK...
SAAT NI SAYA BERHARAP SANGAT BILA PAGI ESOK,
WAKTU SAYA TERJAGA SAYA DAPAT TEXT DARI AWAK..
AWAK CAKAP "ADIK RINDUKAN ABG..ADIK SAYANGKAN ABG"...
SAYA HARAP HARAPAN SAYA NI JADI KENYATAAN...
SEBAB APA AWAK...SEBAB SAYA TERLALU SAYANGKAN AWAK...


AWAK... KALAU AWAK DAH MULA BENCIKAN SIKAP SAYA, 
AWAK BAGITAU SAYA EA?TAPI SAYA TETAP SAYANGKAN AWAK...


AWAK... AWAK JANGAN RISAU, MUNGKIN SAYA TAK LAMA KAT DUNIA NI, SAYA TAKUT SUSAHKAN AWAK LAGI... 
AWAK... KALAU SAYA TAK DE LAGI, SAYA TAK NAK AWAK SEDIH, SAYA NAK AWAK KUAT, SAYA NAK AWAK TABAH YE... AWAK DENGAR LA NASIHAT - NASIHAT SAYA EA, SUPAYA JAGA KESIHATAN, JAGA DIRI, BELAJAR RAJIN-RAJIN, INGAT PESAN MAK AYAH... INGAT, DALAM SAYANG ADA SEGALANYA.. TAPI.. SAYANG ITU TIDAK MENGAJAR KITA ERTI MEMAHAMI... SELAGI KITA TIDAK BERUSAHA MEMAHAMINYA...
DALAM SAYANG ADA CINTA ADA RINDU ADA SEGALAGALANYA..


MAAFKAN SAYA YE AWAK... SEBAB SUSAHKAN AWAK DENGAN PENUHI KEHENDAK SAYA...
SEBAB SAYA TERLALU SAYANGKAN AWAK... ;( 

Monday, March 17, 2014

Salah Ke Saya Sayang Adik Saya ..??



Salah ke saya sayang adik saya?
Apa salah saya pada 'anda' yang mampu menilai kami?
Kenapa 'anda' pandang serong pada saya?
Perlukah 'darah daging' yang akan menutup mulut 'anda'?

Saya sayang adik saya!
Saya menjaganya atas nama ALLAH!
Saya menerima tangungjawab dan amanah ini dengan seluruh jiwa saya!
Kami menjalin ukwah ini dengan rela kami!

Siapa yang tahu apa yang kami tahu?!
Siapa faham apa yang kami faham?!
Siapa rasa apa yang kami rasa?!

Kerana 'anda'.. patutkah kami berpisah?!
Kerana 'anda'.. saya perlu berkorban jiwa!
Kerana 'anda'.. saya ketepikan perasan sedih saya!
Kerana 'anda'.. saya 'menikmati' hidup saya dengan kegusaran!

Hinakah saya pada 'anda'?!
Adilkah 'anda' menilai kami?!

Hinalah saya sebelum anda menghina adik saya!
Pukulah saya sebelum anda memukul adik saya!
Hukumlah saya sebelum anda menghukum adik saya!

Saya akan menjaga adik saya...
Walaupun saya tolok gantinya..
Biarnyawa bersulam cinta..
Cinta kami pada yang Esa..

cinta

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut, kamu akan menyesal melakukannya! ]